Saturday, 6 October 2012

Kata Nafi

  • Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat itu.
  • Kata nafi ada dua bentuk iaitu bukan dan tidak.

  •  Kata nafi bukan boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama.

            Contoh: 1)Hadiah itu bukan untuk ibu.
                         2)Itu bukan rumahnya.
                         3)Kereta api itu bukan dari Kuala Lumpur.

  •  Kata nafi tidak boleh menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

            Contoh: 1)Dia tidak datang semalam.
                         2)Ibu saya tidak muda lagi.
                         3)Suratnya tidak berapa pendek.

  • Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh juga hadir bagi menafikan maksud frasa kerja dan        frasa adjektif, jika kedua-duanya ada mendukung maksud"pertentangan maklumat".

             Contoh: 1)Ucapannya bukan menghina kita, tetapi menyatakan kebenaran.
                          2)Budak-budak itu bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.
                          3)Perangainya bukanlah buruk sangat, hanya sekadar tidak manis.


Latihan:

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Baju ini _____________untuk kamu tetapi untuk kakak kamu.
     A   tidak                         C   bukan
     B   benar                        D  betul
2. Abang_____________suka melepak di pusat membeli-belah.
     A   bukan                        C   benar
     B   tidak                         D   betul
3. Sajak ini_____________karyanya tetapi karya seorang penyair terkenal.
     A   bukan                        C   betul
     B   tidak                         D   benar
4. “ Sejak peristiwa itu, saya _____________berani pergi ke pasar malam seorang diri,” kata Adila.
     A   tidak                         C   betul
     B   bukan                        D  benar
5. Pemuda yang berkumis nipis itu _____________penduduk di kawasan ini.
     A   bukan                        C   bukan
     B   tidak                         D   betul




Aktiviti: Sila kira bilangan kata nafi yang ada dalam video ini.