Wednesday, 14 November 2012

Bandingan Semacam

Bandingan semacam ialah bahasa kiasan yang digunakan untuk menggambarkan sifat atau keadaan seseorang atau benda secara perbandingan.

Contoh- contoh bandingan semacam adalah seperti berikut:
1.     bebas seperti burung 
2.    berani seperti singa
3.    berat seperti batu
4.    bulat seperti bola
5.    cepat seperti kilat
6.    luas seperti lautan
7.    putih seperti kapas
8.    terang seperti bulan
9.    panas seperti api
10. kurus seperti lidi


Latihan:
Isi tempat kosong dengan bandingan semacam yang sesuai (sesuai untuk murid tahap 1).
1.     harum seperti  __________________
2.    besar seperti  __________________

3.    mahal seperti  __________________

4.    pedas seperti  __________________

5.    rajin seperti  __________________

6.    takut seperti  __________________

7.    sejuk seperti __________________


8.    cerdik seperti __________________




10 comments:

  1. Saya suka blog anda! Sungguh menarik! Teruskan

    Usaha :)

    ReplyDelete
  2. contoh yang sesuai disertai dengan gambar yang cantik tentu dapat menarik minat murid untuk membuatnya, syabas

    ReplyDelete
  3. Latihan yang berserta dengan gambar amat menarik.

    ReplyDelete
  4. Saya suka dengan gambar-gambar cikgu yang besar dan menarik. Syabas!

    ReplyDelete
  5. Latihan yang menarik. Teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  6. latihan yang menarik dan memanfaatkan.

    ReplyDelete
  7. Soalan yang jelas berserta gambar yang menarik. Teruskan usaha!

    ReplyDelete