Wednesday, 14 November 2012

Penjodoh Bilangan

~Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan sebelum kata nama dan digunakan untuk menyebut bilangan manusia, haiwan, benda dan tempat.

~Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama kata bilangan.
Ayat contoh:
1.     Buah epal ini berharga 70sen sebiji.
2.    Beberapa baris kedai didirikan di taman perumahan baru itu.
3.    Di belakang rumahnya ada sebatang sungai.
Penjodoh bilangan
Penggunaan
Contoh
biji
untuk benda yang kecil dan bulat
buah-buahan, bola, guli, telur, cawan
ekor
untuk haiwan dan serangga
burung, harimau, kupu-kupu, ikan, kura-kura
kaki
untuk benda yang bertangkai
payung, bunga, cendawan
keping
untuk benda yang rata, nipis dan lebar
biskut, gambar, kad, papan, tanah
orang
untuk manusia
guru, doktor,nelayan, pegawai, wartawan
pasang
untuk benda dan manusia yang berpasangan.
anting-anting, kasut, pengantin, suami isteri
buah
untuk benda yang padu dan tidak mempunyai bentuk tetap
kampung, pulau, tasik, basikal, kilang
bilah
untuk senjata atau besi yang tajam
keris, parang, kapak, pisau, lembing
batang
untuk benda-benda yang panjang, bulat, dan keras
pensel, jalan, sungai, pokok, tiang
ketul
untuk benda yang berketul dan padu
batu, sabun, kuih, daging,tulang
bidang
untuk benda yang lebar dan rata
sawah, tanah, tikar, permaidani, layar
bentuk
untuk benda yang melengkung
cincin, mata kail, subang

Latihan:
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai. (sesuai untuk murid tahap 2).
1. Pak Cik Mat menebas rumput dengan ________________ sabit.
   A  sebilah                                C sebatang
   B  sapapan                               D setangkai
2. Datuknya mempunyai ________________tanah yang luas di Kampong Pauh.
   A  sebaris                                C sebidang
   B  sederet                               D segulung
3. Penculik-penculik itu telah diberkas dengan bantuan tiga________________ 
    anjing pengesan.
   A  ekor                                    C angkatan
   B  kandang                               D kumpulan
4. Suzi menempah ________________ baju kebaya untuk dipakai dalam majlis
    hari jadinya.
   A  sekeping                              C sepasang
   B  secarik                                D sehelai
5. Abang saya ada membuka ________________kedai runcit.
   A  sebaris                                C sepintu
   B  sebuah                                 D sederet
6. Dia bersarapan pagi dengan ________________ roti.
   A  seekor                                 C sekeping
   B  seketul                                 D sebuah
7. Anjing itu sedang menggonggong ________________tulang.
   A  seekor                                 C seketul
   B  kumpulan                              D bilah
8. Kakak membawa se________________payung ke sekolah.
   A  kaki                                     C tandan
   B  buah                                     D bentuk
9. Ayahnya menjual beberapa ________________durian di pasar malam.
   A  ekor                                     C bentuk
   B  bilah                                     D biji
10. Di dusun Tok Aki ada beberapa ________________pokok kelapa.
   A  batang                                  C angkatan
   B  ketul                                     D keping

19 comments:

  1. A useful note!! I've learnt something, Thank You!

    ReplyDelete
  2. Latihan yang sesuai untuk murid. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  3. Nota lengkap, latihan juga sesuai untuk murid-murid. Terus berusaha.

    ReplyDelete
  4. Bagus blog cikgu. Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana sanggup berkongsi !

    ReplyDelete
  6. Nota dan latihan yang baik dan sesuai untuk murid-murid.

    ReplyDelete
  7. Nota yang lengkap dan latihan yang sesuai bagi murid.

    ReplyDelete
  8. Penjelasan yang jelas dan latihan yang sesuai...^^

    ReplyDelete
  9. Penerangan yang jelas, latihan yang sesuai untuk murid.

    ReplyDelete